Struktur umum Tulang belakang

Pandangan sisi vertebra serviks

Vertebra biasa terdiri daripada dua bahagian penting: segmen anterior (hadapan), iaitu badan vertebra; dan bahagian posterior – gerbang vertebra – yang melengkungi vertebra foramen.Gerbang vertebra dibentuk oleh sepasang vertebra Pedikle dan sepasang laminae bagi gerbang vetebra, dan menyokong tujuh proses, empat artikular, dua transverse, dan satu spinous, yang akhir juga dikenali sebagai spine saraf.

Apabila vertebra berpaut sesama sendiri, ia membentuk tiang yang kukuh bagi menyokong kepala dan badan, dan foramina vetebra membentuk terusan bagi melindungi medulla spinalis (saraf tunjang). Dianatara setiap pasang vetebra terdapat dua bukaan, intervertebral foramina, satu pada setiap muka, bagi laluan saraf tunujang dan pembuluh.

Dua cuaran melintang dan satu cuaran spina terletak di posterior (belakang) badan vertebra. Cuaran spina keluar dari arah belakang, satu cuaran melintang keluar ke arah kiri, dan satu lagi ke kanan. Cuaran spina di bahagian serviks dan lumbar boleh dirasai melalui kulit. Faset artikular superior dan inferior di setiap vertebra bertindak untuk mengehadkan rentang gerak sebanyak mungkin. Faset ini dihubungkan oleh bahagian nipis lengkung saraf yang digelar pars articularis.